Di dalam kerancakan pengedar serta pengedar HPA memimpin perjuangan memartabatkan produk halal di pasaran jangan kita terlepas pandang persoalan aurat dan pemakaian yang melambangkan keperibadian para pemimpin HPA. Teringat satu peristiwa yang berlaku baru-baru ini di mana cerita seorang ustaz yang baru mengenali HPA, beliau agak terpukau dengan semangat yang ditunjukkan oleh seorang pengedar HPA yang cuba untuk menaja beliau.Dengan slogan produk halal dan menyalahkan ramai orang yang tidak mahu bersama beliau di dalam HPA tetapi kata ustaz tersebut,alangkah baiknya jika pemimpin HPA tersebut turut memiliki kefahaman dan semangat yang tinggi dari aspek aurat.Saya lihat cara pakaiannya yang menampakkan bentuk tubuh badan, tidak berstokin, menyebabkan saya dan beberapa orang sahabat yang lain senyum sinis.Produk Halal..Pakaian Haram...dalam Islam bukan hanya pentingkan bab makanan...Cetus seorang lagi sahabat beliau.Bikin tak serupa cakap..astaghfirullah..
Maka iktibar dari kejadian tersebut..marilah kita bermuhasabah dan terus berubah ke arah yang lebih baik dari masa ke semasa. Masyarakat tidak semata-mata melihat kepada slogan..semangat kita tetapi penampilan diri kita.Bagaimana kita menjaga aurat termasuklah isteri, suami apatah lagi anak-anak yang melambangkan siapakah ibu dan bapa mereka. Produk halal...tetapi adakah kita berpakaian halal.. adakah anak-anak lelaki kita masih ada yang berseluar pendek, anak-anak gadis kita yang masing berseluar jean ketat, ber tshirt menampakkan lengan apatah lagi nak berstokin. Ingatlah...orang sentiasa melihat apa yang kita lakukan daripada apa yang kita katakan..Sekian.Semoga terus bermuhasabah.
Pautan:
http://bahterajuang.blogspot.com/
Pautan:
http://bahterajuang.blogspot.com/



















